Tuesday, January 13, 2009


NASI TOMATO
Bahan-Bahan:
5 cawan Beras Basmathi 5 cawan Air 2 biji bawang besar (hiris) 2 inci halia (hiris) 2 sudu besar minyak sapi 1 sudu minyak masak 1 tin kecil tomato puri (ikut kemerahan tomato puri yang digunakan)
2 inci kayu manis 2 biji bunga lawang 8 biji buah pelaga 6 biji bunga cengkih 2 batang serai 2 helai daun pandan 4 sudu kecil garam atau secukup rasa 3 ketul kepak ayam (boleh juga dimasukkan bahagian tulang yang lain
)
Cara:
Tumiskan bawang, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih. Kemudian masukkan air, tomato puri, serai,ayam dan garam. Bila air mendidih masukkan beras.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 6 hingga 9 orang. Disajikan bersama ayam masak merah, dalca dan acar timun/nenas.
Tambahan:
Beras boleh juga digoreng sebelum dimasukkan air.

TOMYAM


TOMYAM
Bahan-Bahan:


1. Daging (sukahati,direbus dahulu) 2. sotong ( sukahati ) 3. ketam ( 2 ekor ke ) 4. Kerang ( sukahati ) 5. udang ( sukahati,direbus asing ) 6. Kupang ( sukahati ) 7. 150ml susu cair(adjust sendr) 8. 1.7 L air(bleh campur ngan air rebusan daging tadi) 9. secubit gula 10. secukup garam 11. 1 sidu teh serbuk perasa
1. 3 peket perencah tomyam ADABI 2. 3 batang serai ( titik ) 3. 20 batang cili padi 4. 1 peket cendawan 5. 1 batang lobak 6. 5 keping duan limau purut(koyakkan) 7. 4 biji limau nipis 8. 3 tangkai daun ketumbar (racik) 9. 1 biji bawang holland (potong bulat) 10. 6 biji bwang putih (ketuk
)
Cara:
1. Panaskan air bersama bawang putih hingga hampir mendidih. 2. masukkan perencah tomyam,serai,daun limau,bawang holland.. 3.hampir mendidih,masukkan lobak,daging,ketam,kerang,kupanggula,garam,serbuk perasa,cili,tunggu hingga mendidih..kalau x masam masukkan air perahan limau nipis... 4. masukkan susu cair,cendawan dan daun ketumbar...kacau perlahan2 dan jgn tanggalkan kerana susu tadi akan menjadi ketul2 kalau x dikacau....adunan tadi dengan rase masam,lemak,pedas,masin.... 5. siap dihidangkan....

Tambahan:
jgn campur udang semase masak kerana air udang akan mengganggu rasa tomyam...kalau nak makan,baru ambil udang yang dah direbus asing..susu cair perlu untuk menambahkan lemak dan kelazatan tomyam

KURMA AYAM
Bahan-Bahan:
1
ekor ayam4 sudu besar ketumbar1 sudu besar jintan manis½ sudu besar jintan putih1 sudu teh kaskas1 sudu teh lada putih2 cm kulit kayu manis8 kuntum bunga cengkih10 biji buah pelaga¼ isi biji pala
10 ulas bawang merah8 ulas bawang putih2 biji bawang besar3 cm haliaDaun saderiDaun pudinaGaram1 tin tairu1 tin kecil susuMinyak sapi untuk menumis

Cara:
Ayam disiangkan ikut suka. Ketumbar, jintan manis, jintan putih, kaskas, lada putih, semuanya digiling halus. Giling bawang-bawang & halia. Gaul semua bahan yang digiling tadi bersama ayam & ketepikan. Panaskan minyak sapi & tumiskan cengkih, kayu manis, buah pelaga & pala. Masukkan ayam, susu cair & sedikit air. Masak menggunakan api perlahan sampai ayam empuk. Bubuh garam, daun pudina, daun saderi & bawang besar yang dibelah 4.

ACAR BUAH


ACAR BUAH
Bahan-Bahan:
500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun15 ulas bawang putih20 ulas bawang merah3 cm halia (dimayang)15-20 biji cili kering
30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari½ cawan cukaSedikit gulaGaramMinyak untuk menumis
Cara:
Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan
.

NASI ULAM


NASI ULAM


Bahan-Bahan:
1kg nasi putih, disejukkan Bahan A: (Bahan dikisar halus) 10 ulas bawang merah 3 batang serai 3 biji cili merah dikisar halus 2 biji cili hijau 1 camca besar belacan 5 camca besar minyak 3 camca besar serbuk ikan masin (yg dipanggang & dikisar) 1 camca besar serbuk lada hitam 750ml santan pekat Garam dan air limau kasturi secukup rasa.
Bahan bahan B: (Bahan dihiris halus) 3 papan petai 1 ikat ulam raja 1 ikat daun selom dihiris halus 1 ikat pucuk pegaga 3 helai pucuk kaduk

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi . Masukkan serbuk ikan masin, lada hitam, santan garam dan air limau kasturi. Masak hingga mendidih dan masukkan nasi . Gaul hingga sebati dan kering . Ketepikan dari api dan sejukkan . Kemudian masukkan bahan B Dan gaul hingga rata.

Hidangkan.

sotong tumis


SOTONG TUMIS


Bahan-Bahan:
500gm sotong 20 biji cili kering (dikisar) 5 biji cili kering (di ptong sederhana kecil) 1 biji bawang besar 2 sudu makan sos tiram sedikit kicap soya pekat garam dan serbuk perasa
Cara:
tumiskan bawang besar,cili kering yang ditelah dikisar dan yang dipotong kecil,tunggu sehingga angkat bau,kemudian masukkan bahan utama sotong,kemudian masukkan sos tiram,masukkan sedikit kicap soya pekat,garam dan serbuk perasa,tumis sehingga kering sedikit selama 2 minit,sedia di hidangkan
Cadangan Hidangan:
hidangkan ia bersama-sama nasi panas
Tambahan:

guna kan sotong bersaiz sederhana besar

telur masakan n.sembilan

Telur Masakan Negeri Sembilan


Bahan-Bahan:
4 biji telur (ditebus selama 4 minit & dikupas kulitnya)3 camca minyak makan4 ulas bawang merah (dihiris)1 camca garam
Bahan Tumbuk: 1 ulas bawang putih 6 batang lada merah 4 ulas bawang merah2.5 cm kunyit hidup 1 camca garam
Cara:
Pijarkan minyak & gorengkan telur sebiji-sebiji,dengan berhati-hati memusingkannya sekeliling.Toskan minyaknya ke dalam periuk & angkat. Dalam minyak yang sama,goreng bawang merah & bahan yang telah ditumbuk bersama-sama.Masak selama 1 minit & kecilkan api. Masukkan telur ke dalam periuk itu & salutkan rata-rata dengan campuran tadi. Masak perlahan-lahan selama 3 minit. Masukkan cuka, biarkan mendidih & turunkan periuk dari atas api. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih & sayur-sayuran.


Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja